Haas F1 Team dari Amerika yang dimiliki oleh Gene Haas, juga co-owner NASCAR Cup Series sejak tahun 2014 dan membuat debut pertama dalam dunia Formula pada tahun 2016 itu bakal berpisah dengan Uralkali. Pasukan tersebut akan menggunakan livery putih sepenuhnya pada jentera VF-22 pada hari terakhir sesi percubaan di Circuit de Barcaelona – Catalunya, Jumaat ini.
Uralkali, sebuah syarikat dari Russia yang melombong dan menghasilkan garam yang mengandungi potassium dan magnesium dalam bentuk yang larut ke dalam air. Syarikat ini mempunyai 5 lombong dan 7 kilang penghasilan di Berezniki dan Solikamsk di Russia.
Haas dan Uralkali menjalinkan hubungan sejak musim 2021 sebagai title sponsorship dengan kontrak beberapa tahun. Perpisahan ini berlaku apabila kerajaan negara Russia membuat serangan darat, udara dan laut terhadap negara Ukraine pada Khamis, 24.02.2022, semalam.
Untuk sementara, pelumba 22 tahun dari Russia, Nikita Mazepin akan tetap di jentera Haas pada sesi percubaan sehingga Jumaat nanti. Tetapi, nasib Nikita Mazepin di masa hadapan belum dapat ditentukan.