Apa Itu FRX Dan Kenapa Ia Penting Untuk Pelumba?

Pernah tidak anda melihat gambar atau video, pelumba sedang melakukan suatu latihan di mana mereka harus menekan beberapa pod atau butang di depan mereka dengan cepat apabila ia bercahaya atau menyala?

Latihan ini dipanggil Flash Reflex Training (FRX) yang banyak digunakan oleh para atlet dan pelumba untuk meningkat prestasi mereka. FRX ini melatih reaksi tubuh para atlet bertindak terhadap apa – apa situasi dengan lebih gerakan yang lebih pantas dan terkoordinasi.

Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak. Ketika mereka bermain, ada waktu – waktu tertentu di mana mereka akan terasa seperti dunia bergerak perlahan dan pada waktu genting itu, dia perlu membuat keputusan dengan cepat dengan menilai keadaan sekitar mereka. Contohnya, menilai pihak lawan yang ada disekitar mereka, rakan sepasukan yang tidak dijaga, jarak bola dan gawang gol, hantaran ke rakan atau sepakan terus ke gawang gol. Semua ini boleh dicapai dengan latihan synchronizing antara kognitif dan fizikal, di mana boleh dicapai dengan latihan FRX.

Untuk pelumba pula, melatih pandangan peripheral, menilai kelajuan jentera semasa, ruangan trek, jarak antara jentera yang lain, keadaan tayar jentera, prestasi jentera dan pelbagai lagi. Dan para pelumba perlukan data – data ini dalam hitungan detik. FRX ini melatih mereka mencapai keadaan ini.

Selain kognitif dan fizikal, FRX juga dapat membantu dalam psikologikal, di mana pelumba mampu lebih tenang dalam membuat keputusan walaupun diberikan tekanan yang hebat. Mereka perlu mental yang kuat kerana perlu multi-tasking dengan cepat dan tangkas.

Antara alat latihan FRX yang digunakan adalah BlazePod. BlazePod ini menggunakan pod – pod yang mengeluarkan cahaya mengikut program – program yang tersedia. BlazePod ini bagusnya adalah portable dan boleh bawa ke mana – mana. Kalau di Malaysia, harganya bermula RM1300 belum termasuk cukai.

BlazePod

Alat lain yang boleh digunakan adalah Dynavision. Ianya lebih canggih dan lebih sesuai untuk digunakan oleh pusat latihan atlet kerana ia lebih besar dan perlu sokongan komputer untuk memberikan data – data yang diambil. Data – data ini mampu memberikan tahap ketangkasan reaksi pelumba pada quadran tertentu pada mesin Dynavision.

Mesin Dynavision yang lebih canggih dan perlu sokongan dari komputer.

Jadi latihan FRX ini adalah salah satu latihan yang penting buat pelumba – pelumba dan sudah pun lama digunakan. Latihan ini juga sebenarnya bukan hanya untuk para atlet, tetapi sesuai juga untuk umum kerana ia mudah digunakan dan terasa lebih menyeronokkan kerana seperti sebuah permainan.

Contoh latihan untuk pelumba yang menggunakan Dynavision.